11/11/2014

Design Item for Seminar

Apabila sampai masa dapat projek untuk handle design item bagi seminar, bermakna bermula lah satu episod semak otak melayan kerenah orang atasan yang rata-ratanya dari jabatan yang lain. You know. Seminar kan. Not a monkey business. Semua nak kena serius. Nak kena ikut protokol. Tambahan lagi kalau ada join venture dengan organisasi lain serta penglibatan peserta internasional. Aku memainkan peranan yang penting dari segi image, look and feel. Kena prepare logo, program book, name tag, custom touchNgo card, banner, bunting, invitation cards, sijil, landyard dan banyak lagi lah.

Konsep Design ni not fully dari idea aku. Mula-mula aku dapat visual laut dan awan nano gelap yang kononnya nak dijadikan konsep bagi keseluruhan seminar. Tugas aku cuma finalize sebab department tu takda expertise dan segala kemudahan yang ada lat department aku. So fine. 

Memang dull. I wasn't happy at all sebab aku risau orang cakap design tu aku yang buat.

So aku improvised sikit. Tukar lautan sendu tu dengan graphic wave visual in red color (our corporate color) and revamp the whole seminar logo ikut selera aku and luckily, mereka terima cadangan design aku tu.

Maybe this is not the best yang aku pernah hasilkan compared to previous artwork lah, but when I heard everyone from their department are happy, aku pun boleh lega.






Yang seronoknya, selepas event, orang yang handle project ni dengan aku, mesti akan spare souvenir/goodie bag untuk aku. Power Bank, gym bag, botol air, custom TouchNGo card, buku, Pen. Eh. Okay what?

#mudahdipuaskan.







No comments: