20/11/2014

Adik Praktikal

So, kalau jadi 'Adik Praktikal' di jabatan dan bidang yang sama dengan saya maka kamu berpeluang lah untuk

  • Belajar teknik dan logik design dengan saya dan beberapa designer lain lagi. Saya akan jadi tukang cek design, betulkan apa yang tak patut sebelum kamu submit design tu. Seronok belajar macam ni kan? Saya belajar dulu pun tak macam ni. Dan, kami ada banyak buku rujukan mahal-mahal yang mungkin adik praktikal tak payah susah susah beli guna voucher buku BB1M tu. 
  • Kamu akan belajar proses printing dan mengendali mesin printing yang ringkas.
  • Pendedahan terhadap event management; dari setup event, protocol sampai lah settle.
  • Jabatan saya ada 2 orang photographer, dan 2 orang videographer yang berbakat dimana kamu boleh ikut belajar dengan diorang dan diorang sangat mesra rakyat tak kedekut ilmu.
  • Bagi yang teringin nak jadi pelakon atau model amatur, impian kamu boleh tercapai di sini.
  • Kebanyakan officer akan memanjakan kamu. Balance dengan mengkulikan kamu. Nak belajar kan? Akak dan Abang kat sini semua sedia memberi tunjuk ajar. Bergantung kepada kesungguhan kamu. Kalau jenis pasif, kami pun pasif. 
  • Bayaran elaun praktikal yang boleh tahan.
  • Belajar belajar belajar belajar banyak benda. 




This is not my artwork. Aku jadi cikgu grafik jap.

Pertama sekali, saya akan suruh kamu guna Mac Pro yang ada kat ofis ni. Kalau kamu takut-takut, saya akan suruh lagi. Kalau kamu takut lagi, dan mula bawa laptop Window kamu, saya biarkan je la.

Lepas tu saya akan suruh kamu guna wacom. Melukis dan mewarna secara digitial dan saya bersedia nak ajar teknik yang saya tau. Kalau kamu takut-takut, saya akan suruh lagi. Kalau kamu takut lagi dan mula lukis manual dan scan, since saya rasa bukan saya yang rugi, saya akan biarkan juga.

Dan seterusnya, saya akan ajar teknik teknik penyusunan layout, pemilihan font yang sesuai, warna dan konsep keseluruhan. Kamu belajar, saya pun belajar.

Sekian. Sila apply.

3 comments:

Balqiz said...

5 Question"S".

FYZA IBRAHIM said...

salam.. akak..macam menarik je.. macaam best je... macam mana nak apply jadi student practical kat tempat akak? .
Hope dapat reply dari akak. thanks in advance. :)

sick child said...

kan best kalau aku bukan budak engineering dan masih belajar lagi. hnssf