16/10/2014

Kalendar 2015 (dan mengimbau sedikit tahun-tahun sebelumnya)

WELL semenjak kerja sini (you know where) project kalendar jadi satu projek yang aku paling jenuh nak hadap. Tak macam sewaktu masih di agensi pengiklanan dulu, kalendar ni macam satu projek yang menyeronokkan, yang bebas, yang kita boleh buat ikut sukahati idea nak datang dari mana. Berbekalkan pengalaman yang menyeronokkan mengalahkan perasaan anak kecik yang baru menjejakkan kaki ke DisneyLand, aku dengan senang hati menawarkan diri untuk take over projek Kalendar kampeni yang selama ni dilaksankan oleh agensi pengiklanan korok yang beranggapan “ala gomen je, cincai je bagi design”.


Tapi seriously kerat jari, koleksi kalendar yang dihasilkan sebelum ni buat aku rasa nak tepuk dahi berkali-kali. I don't blame my boss. I don't blame my colleagues. Tapi terang-terangan agensi yang menghasilkan kalendar seperti acuh tak acuh. Dan semasa aku handle project calendar, aku jumpa banyak masalah dengan printer dan vendor yang cuba mengkelepet dari segi teknikal, proses dan kos. Untungnya aku ada pengetahuan serba sedikit dalam bab-bab ini ditambah rakan sekerja aku pun jenis yang ada pengalaman bekerja di syarikat pencetakkan. Ya kami semua first badge dalam Seksyen Produksi.


Tahun pertama aku buat kalendar, bos aku macam teruja dengan hasil demi hasil yang aku karyakan pada setiap mukasurat bulanan. Dan kos penerbitan/pencetakkan dapat dijimatkan ke 130% dan semua orang macam sanjung-sanjung je usaha aku.

Bila masuk tahun kedua, keinginan terhadap betis sudah berubah kepada peha. Jadi bos aku mula pandai reject idea-idea aku. Dan dengan timbunan kerja yang melampau tak masuk akal, tahun-tahun seterusnya kalendar dihasilkan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Ada yang memang aku sendiri rasa tak puas hati dengan hasil. Dengan kesilapan typo yang sepatutnya bukan sandangan bahu aku tapi biasalah, politik, dimana-mana. Tada yadda yada anna yenggey;

"Pengalaman"

Konsep : Sektor Pekerjaan Ahli 2012



rejected #sakitnyahatikitew


Work in Progress


Sampai lah ke tahun ini, hampir 6 tahun aku handle projek pembikinan kalendar. Tahun ini lebih tragik. Awal-awal lagi konsep “Nostalgia Permainan Tradisional” dicadangkan dari salah seorang team member; dan bos aku pun dah elok approve. Aku pun buat dengan separa gembira sampai page bulan Julai.

Tapi sampai satu masa bos aku balik dari bercuti panjang, hormon estrogen dia merembes, dia terus rasa nak tukar konsep asal tersebut kepada yang baru iaitu “Gaya Hidup Sihat” di mana aku pernah cadangkan pada Kalendar 2012 tapi masa tu dia langsung tak jeling pun idea tersebut.

Bos aku sangat teruja apabila membincangkan idea barunya sedangkan hati aku ni lebih teruja nak bertukar menjadi Hulk je. Tapi apa pun, bos tetap bos. Sebagai seorang designer yang tak berapa nak establish ni, kena lah aku sahut apa pun cabaran dalam bidang yang aku ceburi dengan sukarela ni. Tapi niat nak bertukar menjadi Hulk tu masih ada lagi sebenarnya.

Kepada bos kesayangan aku kalau anda terjumpa dan baca ini; No worry baby, you're still the best boss I ever had and I love you. I mean, we all love you. :D




Okay macam biasa, kalau ada lebih nanti, aku buat freebies!


1 comment:

Syu said...

Kak noe, Syu nak cop satu kalendar tauuu! Hehehe.